Thursday, August 4, 2011

Kita kena merasai dan terlibat dalam setiap perubahan yang berlaku.

=

Dunia sentiasa berubah bersama peredaran zaman. Dalam kontek jabatan ia juga berlaku perubahan, samaada struktur organisasi atau pun persekitaran jabatan , staf dan sebagainya. Siapa pun kita perlu mengambil tahu perubahan itu. Kita kena sedar dan terlibat dalam perubahan tersebut. Malah kita perlu meneraju perubahan yang berlaku, mengapa ?. Kerana kita memegang jawatan dalam organisasi.

Kita mungkin sebagai ketua, pemimpin, pengurus, pentadbir, pelaksana atau sebagai kakitangan biasa dalam oerganisasi.

Kita perlu meneraju perubahan untuk agama, bangsa, dan negara. Perlu dilakukan demi masa depan and survival anak bangsa dan agama. Kita perlu meneraju perubahan kerana aspirasi pemimpin organisasi untuk melaksanakan misi dan visi organisasi.

Mengapa kita perlu ambil berat tentang perubahan ini ?. Kalau bukan kita siapa? Kalau kita tak buat, maka tak jadi. Kalau kita tak buat, yang lain tak menjadi. Oleh itu kita kena bersifat action-oriented.

Kita kena bertanggungjawab untuk sesuatu perubahan itu terjadi. Kita tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya melihat perubahan berlaku.

We participate, react, respond, effect, make a difference. Why? People are counting on us. We make ourselves matter because we are relevant. People need us to take the leading role.

Wednesday, August 3, 2011

Rumah pesara MBKT musnah terbakar dalam masa 10 minit

Kuala Terengganu 2 OGOS 2011 Seorang wanita pengsan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas terkejut apabila rumah didiaminya lebih 30 tahun di Kampung Atas Tol,Kuala Terengganu hangus dalam kebakaran pagi semalam turut memusnahkan semua barangan persiapan Ramadan dan Aidilfitri. Rumah Mustaffa Abu Bakar musnah terbakar dalam kejadian yang menyayat hati itu adalah pesara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Ketika kejadian jam 11.35 pagi itu, mangsa, Wan Mahani Wan Omar, 57, sedang bekerja di tempat memproses keropok tidak jauh dari rumahnya dan bergegas pulang selepas dimaklumkan kejadian itu oleh anaknya.

Suaminya, Mustaffa Abu Bakar, 56, berkata beliau bersama cucu, Mohd Faris Farizal 3, sedang berehat di luar rumah dan terdengar bunyi percikan api dari dapur dan selepas itu, api mula marak menyebabkan mereka berlari keluar menyelamatkan diri.

“Saya berlari keluar memaklumkan kepada kakak ipar yang tinggal berhampiran rumah dan kami tidak sempat menyelamatkan harta benda.

“Memang sedih kerana ia terjadi pada bulan Ramadan dan akan menyambut Aidilfitri, tetapi saya tetap bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran ini,” katanya ditemui di perkarangan rumah didiami bersama isteri dan dua anak, semalam.

Kakak ipar mangsa, Zurina Maidin, 46, berkata selepas mengetahui kebakaran itu, dia menghubungi bomba tetapi ketika pasukan itu tiba, keseluruhan rumah sudah hangus.

Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, Zaidi Muda, yang melawat mangsa kebakaran berkata, bantuan segera sebanyak RM1,000 akan disalurkan kepada mangsa, manakala urusan membina rumah baru akan dilakukan kemudian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Kamerul Bieza Mohamad Kassim yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.37 pagi.

“Seramai 16 anggota dengan tiga jentera bomba berjaya memadam api dalam tempoh lima minit dan ketika tiba, hampir 90 peratus rumah sudah musnah terbakar dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM100,000, manakala punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Wednesday, June 1, 2011

Slamat bertemu kembali


Tanam gaharu boleh jadi jutawan
GOPENG 19 Jan. - Sama ada percaya atau tidak, seseorang itu boleh menjadi jutawan hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika menanam sebanyak 400 pokok gaharu di kawasan seluas 0.4 hektar.


Ini bermakna, berdasarkan harga pasaran, setiap pokok gaharu yang berusia antara tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok.
Sememangnya pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan ia merupakan faktor utama mengapa David Ho Kwan Meng sanggup berbelanja besar mengusahakan ladang gaharu pertama di negara ini.
Beliau yang telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam penanaman pokok gaharu kini mula mengorak langkah dengan lebih agresif apabila bertekad mengusahakan ladang gaharu seluas 113 hektar di sini.


''Dahulu saya tidak mampu untuk menanam pokok gaharu dalam jumlah yang banyak kerana kosnya agak tinggi iaitu sekitar RM15,000 bagi setiap 0.4 hektar.
''Sekarang, selepas anak-anak habis belajar barulah saya boleh buat tanaman secara besar-besaran di kawasan seluas 113 hektar ini kerana yakin ia bakal mendatangkan hasil cukup lumayan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.


David yang merupakan Pengarah Urusan Gaharu Technologies Sdn. Bhd. berkata, punca utama mengapa pokok gaharu amat bernilai tinggi adalah kerana ia boleh diproses untuk menghasilkan produk kesukaan ramai iaitu minyak wangi.
Selain itu, ia juga boleh menghasilkan pelbagai haruman yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi sejak zaman berzaman.
Pada masa yang sama, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain rasanya yang cukup lazat.


Menurut David, minyak kayu gaharu juga boleh dijadikan sebagai bahan menghasilkan kosmetik kecantikan.
Katanya, tidak cukup dengan itu akar-akar kayu pokok gaharu ini pula boleh dijadikan produk ubat-ubatan.
''Sebab itulah pokok gaharu ini mempunyai nilai yang sangat tinggi. Malah nilai sebatang pokok gaharu boleh mencecah sehingga RM3 juta ringgit jika mempunyai minyak yang banyak.
''Namun kebiasaannya pokok gaharu yang bernilai jutaan ringgit itu berumur antara 20 hingga 30 tahun dan dari jenis baka yang baik," katanya.


Menurut David, teknologi yang dihasilkan syarikatnya telah membolehkan pokok gaharu boleh dijual dalam tempoh lebih singkat iaitu sekitar tujuh hingga sepuluh tahun berbanding 20 tahun pada masa lalu.
''Ini kerana pokok gaharu yang kami hasilkan adalah jenis kacukan, dalam tempoh tujuh tahun ia sudah boleh ditebang kerana sudah cukup besar dan mempunyai minyak yang banyak.
''Jika orang menanam pokok gaharu baka lain, tidak semestinya ia boleh mendatangkan hasil seperti pokok gaharu yang kami hasilkan.
''Penjagaan pokok gaharu juga mudah tetapi mesti dilaksanakan dengan betul. Kita akan menyuntiknya dengan hormon apabila sudah berusia enam tahun supaya ia benar-benar berkualiti," katanya.


Beliau berkata, pihak syarikat tidak akan menghalang mana-mana pihak mengusahakan ladang gaharu malah menggalakkan mereka menceburi bidang tersebut.
Tambahan pula, syarikatnya sudah mula menjual baka pokok gaharu pada harga RM30 sepokok jika orang ramai berminat menceburi bidang berkenaan.
''Kami sudah sampai ke peringkat lebih tinggi sekarang dan bercadang untuk membina kilang sendiri bagi mengeluarkan minyak daripada pokok gaharu.
''Satu masa nanti syarikat ini boleh membeli hasil pokok gaharu daripada orang ramai dan kita sama-sama boleh menikmati hasilnya yang cukup lumayan," katanya .